Syahrulmanan (baris belakang hujung kanan)
Saya sempat menyertai kursus lanjutan kewangan 2009 anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan kerjasama ERSC UiTM di Hotel Seri Malaysia Johor Bahru dari 28 November ~ 01 Disember 2009.
Kursus ini banyak memberi tunjuk ajar kepada usahawan-usahawan untuk mengurus kewangan dalam perniagaan masing-masing dengan lebih sistematik.
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua perserta serta pihak urusetia di atas ruangan masa pada malam terakhir kursus tersebut untuk saya membentangkan peluang perniagaan yang besar bersama MXM International.
Saya juga bersyukur dan berterima kasih kepada semua peserta dan urusetia di atas sambutan dan juga sokongan serta penyertaan kebanyakan mereka sebagai ahli MXM International.
Terima kasih semua.
Untuk keterangan lanjut sila layari; www.rurallink.gov.my