Sunday, January 2, 2011

Jangan Jadi Bisnesman yang Sampah!

Orang Bisnes yang Sampah

Jika anda ingin buat bisnes, sila jangan jadi orang bisnes yang sampah.

Apa kah ciri-ciri orang bisnes sampah?

Antara ciri-ciri orang bisnes sampah: mat exaggerate, mat amik percent, “saya pegang semua sekolah kat msia”, “saya punya network satu malaysia”, “saya dah pengalaman buat benda ni bertahun2″ (tapi tak kaya pon), “saya boleh bawak jumpa Menteri / Pengarah XYZ” (ini exaggeration yang sori lah aku tak tahan nak dengar dah selepas kali ke-1000), geng2 runner (tak buat kerja tapi “tolong” bawak jumpa “orang”), jenis buat bisnes style on-the-go — takde ofis, paperwork, etc, semua main mulut je, suka buat benda ad hoc, perasan diri berpengalaman (padahal pengalaman nya dalam skop yang sikit dan terhad), tak simpan akaun, takde bisnes kad, takde permanent staf (yang ada gaji tetap dan KWSP), kaki masuk tender, selalu nya berpelajaran rendah, omong2 macam bisnes juta2 tapi buat sales RM 500 pon excited, takde proper company profile, suka pindah2 kompeni, takde ofis, register enterprise banyak2, suka rekrut budak2 muda yg naive, kononnya nak ajar jadi protege dia lah (kekekeke), suka buat kerja tak habis, buat kerja tak proper, cincai boncai, tak proper, suka lepak kedai kopi borak pasal “bisnes”, macam2 cerita dongeng diperkhabarkan kepada umum, semuanya exaggeration — “saya dulu buat bisnes dengan pejabat menteri besar” (padahal sebenarnya dia penah supply klip kertas dekat pejabat syarikat yg merupakan anak syarikat kepada kerajaan negeri), cakap macam salesman (ini aku cukup pantang, sapa nak discuss bisnes dengan aku tapi bercakap macam salesman dan anggap aku ni customer, siap la lepas ko balik nahas ko aku maki ko kat belakang), suka perasan dirinya bigshot, suka jadi middle man, ada 1-2 kawan di negeri lain tapi claim dia ada “network satu malaysia”, usually buat bisnes kecil2an tapi takde kedai pon, selalu jadi leech/pacat — pegi jumpa orang yg ada produk bagus lepas tu offer nak buat “jayvee”…boleh blah la wei, setakat bagi idea pastu mintak percent, dan pelbagai lagi ciri-ciri kesampahan dalam bisnes.

Kalau anda buat bisnes 1 tahun pun cukup la, pelbagai jenis sampah anda dapat lihat.

Orang bisnes sampah ni, kalau buat bisnes 15 tahun pun, lepas 15 tahun masih sampah lagi. Mereka takkan kaya-kaya kerana fundamental bisnes tidak wujud. Bisnes mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sepatutnya kalau bisnes dah 15 tahun, kompeni sudah berkembang biak dan sudah buat transaction juta-juta.

Susah sebenarnya cari orang yang tak sampah ni, dalam bisnes. Kebanyakan “usahawan” di luar sana adalah sampah. Anda mungkin tak suka dengar ini atau anggap saya ni negatif, tetapi itu lah hakikatnya. Alhamdulillah saya dikerumuni oleh rakan2 bisnes yang tidak sampah — Director2 Aidan (Iznan, Alif, Akmal, Khairul), Samrizat, Jalil, Luqman, etc. Mereka ini semua anti-sampah macam saya juga.

Di dalam perjalanan bisnes kami, memang banyak cerita sampah yang kami lalui dan kami sering berkongsi bersama-sama. Kami agak pantang bila mendengar sahabat2 bisnes kami didekati sampah. Mesti timbul sesi mengumpat mat sampah tersebut. Begitulah meluatnya kami kepada orang bisnes sampah.

Dulu di dalam Aidan Group ada seorang yang sampah. Ada seorang Director Aidan yang beriya-iya nak mengekalkan mat sampah ini di dalam Aidan Group, walaupun orang lain dah naik meluat terutama aku yang awal-awal lagi sudah nampak kesampahannya. Mujurlah Allah tunjukkan kepada Director tersebut perihal kesampahan mat sampah tersebut, dan Director itu sendiri yang memecat sampah itu. Kalau ikutkan hati, nak je aku cakap, “SEE I TOLD YOU SO”…tapi member punya pasal, jaga hati eheheh.

Adakah anda sedang berurusan dengan Orang Bisnes yang Sampah?

Bagaimana mengesan orang bisnes yang sampah:

1. Tiada pengenalan syarikat yang proper — profil syarikat, business card, stationery (receipt, invoice, letterhead), dokumen syarikat, logo, etc.

2. Tiada dokumentasi — semua benda main cakap mulut. tiada black and white

3. Suka exaggerate sehinggakan hampir setiap ayat nak menunjukkan dia terer, berpengalaman dan well-connected — of course, nak jadi bisnesman kena ada “gift of the gab” atau kebolehan bercakap, tapi jangan lah sampai terlalu melampau. Dulu aku penah lepak dengan mamat ni, punya lah tak tahan perut aku dengar dia exaggerate sampai dia cakap kalau dia call Tan Sri Muhyiddin pukul 2 pagi nak jumpa, Tan Sri akan bangun dan layan dia (mamat ni bukan bigshot pon, dia peniaga sederhana yang biasa je). aku pon tanya la, eh mana abang kenal tan sri? dia kata, dulu tahun 80an, tan sri pernah duduk satu bilik dengan dia seminggu kat US. HOHHHH???? habis tu ko ingat TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA akan layan ko jam 2 pagi sebab ko penah jadi roommate dia 30 tahun yang lepas???? dumbass. Ini adalah contoh sampah yang agung. gile lah mamat ni delusional.

4. Tidak berminat dengan perkara2 “proper” dalam building a business — branding, hiring and training pekerja2 tetap (gaji tetap dan KWSP), ofis yang proper, dokumentasi yang lengkap. lebih suka membuat bisnes cara macho iaitu melalui borak2 kedai kopi

5. suka menggunakan sentimen Melayu dan Islam — contoh dialog typical: “abang ni memang nak tolong ni dik, kalau orang macam abang ni tak tolong, siapa lagi nak tolong bangsa kita dik” (macam lah aku perlu sangat ‘kepakaran’ dia jadi middlemen dan amik percentage yang tak deserve pon). “saya buat ni ikhlas demi memajukan umat” kalau betul2 nak majukan umat, RUN A PROPER BUSINESS, and expand your business properly, jangan buat caca marba dan sampah. yg peliknya, orang yang buat business proper ni takde pulak banyak cerita pasal melayu dan islam. they concentrate on developing good products, cutting costs (in a proper way) and cultivating good relationship with customers, i.e. growing their businesses organically

6. suka menekan harga. bagi mereka, HARGA adalah segala-galanya. biarlah aku jual screwdriver RM500 pun, aku ‘usahawan’ hebat hahaha…bukan pikir mengenai pelanggan, mengenai kos, mengenai reputasi dan mengenai good practices. yg dipikir duit semata2 (sebab tu lah tak kaya2 walau 15 tahun ber”bisnes”)

7. tidak jujur

8. mempunyai muka yang kotor (ini adalah subjektif, tetapi anda akan dapat tau jika anda melihatnya)

9. terlalu obses dengan direct nego / kontrak kerajaan, sehinggakan dari awal sampai akhir duk cerita pasal “lubang”, “network”, “kontrek”, bukannya berfikir bagaimana untuk compete di pasaran terbuka dengan menyediakan produk terbaik dengan harga terendah.

Kesimpulannya, elakkan membuat bisnes sampah.

Credit to http://suhaimiramly.wordpress.com