Sunday, January 30, 2011

CNY Program + Takaful Ikhlas Briefing

Admin mengambil kesempatan ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua ahli-ahli MXM di bawah P8G dan juga kepada seluruh kumpulan pengurusan MXM yang berketurunan Cina.

(+)


CNY Open House and Suprema Ikhlas Announcement
(serta Majlis Pengumuman Rasmi Produk (Polisi) baru MXM + Takaful Ikhlas)

Tarikh: 12hb Feb 2011 (Sabtu)
Tempat: MXM HQ, Tingkat 8

Jadual Program:
11pg - Tarian Singa
12.30pm - Jamuan Makan Tghari
2pm - Suprema Ikhlas dan Suprema i-Series Briefing
2.30pm - Sesi bersama Takaful Ikhlas
3pm - Kaunter Pertanyaan Dibuka

Semua hadirin akan dibekalkan dengan material terkini produk takaful

Untuk keselesaan anda, sila buat tempahan tempat anda lebih awal

Hubungi En Syahrul 0133887678
atau berhubung dengan pemimpin zon/negeri/daerah masing-masing

Terima kasih.


Saturday, January 29, 2011

Lesen dari BNM dah diterima!


Kelulusan dari BNM telah diterima dan mengesahkan bahawa MXM melalui Pathlab Health Management Sdn Bhd kini secara sah boleh memperkenalkan produk Takaful kepada semua.

Pelancaran rasmi dijangka pada 12hb Feb 2011.

Tahniah!

Friday, January 28, 2011

Bayar Medical Charge Dengan Kambing, Ayam di Zimbabwe


Susah kalau takde medical card ..

For many rural Zimbabweans, cash remains so scarce that the 85-bed Chidamoyo Christian Hospital allows its patients to barter goods like peanuts, chickens and goats for medical care. Each day hundreds come to the hospital towing grain, nuts, chickens and other items from their farms.

Kathy McCarty, head nurse, or sister-in-charge at Chidamoyo Christian Hospital, sits in a chapel that has been turned into storage for bartered goods in the hospital in Chidamoyo, Zimbabwe. McCarty has managed the hospital, 35 miles from the nearest tarred road, since 1981.

Baca lanjut..

Tapi yang bes nya tengok pulak president dia .. kah kah kah ..

http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/africaandindianocean/zimbabwe/8263001/Robert-Mugabe-has-surgery-in-Malaysia.html


Tuesday, January 25, 2011

Website Power 8 Group 50% Siap - Sila Komen



http://www.freemedicard.com.my/layout/


Ahli-ahli Power 8 Group sedia ada - sila buat tempahan URL anda segera, PERCUMA!

Website ini akan memudahkan anda buat promosi online produk baru Takaful.

Ahli-ahli baru juga akan dapat PERCUMA website promosi ini selepas mendaftar keahlian MXM.

Untuk tempahan URL masing-masing.

Sila email saya segera; syahrulmanan@gmail.com

TQ.


Saturday, January 22, 2011

Kasih Sayang ALLAH


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA menyayangimu, Bila DIA lambat Makbulkan Doamu, maka DIA ingin mengujimu, Bila DIA tidak makbulkan Doamu, Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu sentiasa bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan sekali pun..Kerana kasih sayang Allah itu MENDAHULUI kemurkaannya..



Kebangkitan Symbian Team di Kota Bharu




Tahniah Symbian Team Kota Bharu!

http://condostore2u.com/blog.php

Friday, January 21, 2011

P8G Elite Force Team


Website promosi rasmi milik Power 8 Group sedang ditunggu-tunggu oleh ahli-ahli di bawah rangkaian Power 8 Group keseluruhannya di seluruh negara. Kami akan lancarkan website ini sekaligus dengan pelancaran rasmi produk takaful oleh MXM dalam masa terdekat!

Berita baik!

Power 8 Group juga akan melancarkan 'Elite Force Team' dalam masa terdekat.

Penerangan lengkap akan diperolehi di website rasmi Power 8 Group nanti.


Thursday, January 13, 2011

Website Power 8 Group Dalam Pembinaan


www.freemedicard.com.my


Nantikan - akan dilancarkan dalam masa terdekat


Semua ahli-ahli MXM di bawah network Power8Group digalakkan untuk memiliki web masing-masing seperti contoh berikut:-

www.freemedicard.com.my/(pilih nama anda)

Yuran RM50 dikenakan untuk ahli-ahli sedia ada. Ahli-ahli baru yang telah secara rasmi menjadi ahli MXM akan diberikan web ini secara PERCUMA!

Tujuan utama ialah untuk memudahkan ahli-ahli buat promosi selain penyampaian maklumat dan berita semasa diseragamkan dalam group ini.

Selain itu, tujuan web ini diwujudkan ialah untuk mengikuti perkembangan semasa yang memerlukan online biz marketing - lebih mudah, pantas dan berkesan - maklumat boleh diakses 24 jam tanpa had masa dan lokasi.

Web ini juga akan di 'upgrade' kepada sebuah web yang mempunyai database dengan ciri-ciri teknologi telekomunikasi terkini, canggih dan tersendiri, dengan tujuan utamanya untuk membantu ahli-ahli Power8Group bergerak dengan lebih efektif.

Admin juga akan membantu ahli-ahli Power8 secara offline dari semasa ke semasa dengan mengadakan seminar-seminar / latihan-latihan / kursus-kursus di seluruh negara. Jadual untuk tujuan ini akan sentiasa dikemaskini.


Secara ringkas gambarannya adalah seperti berikut;

AHLI POWER8GROUP --> ADA WEBSITE SENDIRI --> PROMOTE ONLINE -->

DAPAT PROSPEK / AHLI BARU --> ADMIN BANTU OFFLINE SEMINAR DI

SELURUH NEGARA --> PROSPEK BARU DAFTAR AHLI MXM --> AHLI BARU

DAPAT WEBSITE PERCUMA --> BUAT PROMOSI ONLINE --> PROSES INI

AKAN BERTERUSAN



Untuk maklumat lanjut sila hubungi team leader masing-masing atau hubungi admin; En Syahrul 013-3887678


SERTAI KAMI - KEANGGOTAAN GROUP KAMI TELAH MELEBIHI 1000 KEAHLIAN DI SELURUH NEGARA.



TAKAFUL + E-NETWORKING


TAKAFUL + E-NETWORKING

Pertama Di Dunia!


Nantikan pelancaran website Power 8 Group dalam masa terdekat...

Bermulanya era online bersama kami.

"Kadar penembusan industri takaful di negara ini masih berada di tahap rendah iaitu sekitar 8% berbanding jumlah keseluruhan penduduk"
Datuk Seri Jamil Baharom
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
Utusan Malaysia 11 Disember 2010


Peluang untuk anda!




Join Group kami - kami janji anda akan ada penyelesaiannya...


(Leader dari seluruh negara)

Keanggotaan MXM dalam Group kami kini telah melebihi 1000 orang

Hubungi admin - En Syahrul 0133887678

Tuesday, January 11, 2011

Tahniah Team Kelantan

Tahniah kepada team Kelantan dengan prestasi yang amat memberangsangkan di bawah kepimpinan leader En Fadzil. Anak-anak Kelantan yang ingin mengetahui lanjut kelebihan sebagai ahli MXM, sila berhubung dengan beliau; En Fadzil 017-2228339.

Boleh juga mengikuti perkembangan team Kelantan di web berikut; http://condostore2u.com/


Sunday, January 9, 2011

Testimonial


Salah seorang ahli MXM di utara tanahair dimasukkan ke wad VIP.

Untuk mengetahui kelebihan kad keahlian perubatan kami, sila berhubung dengan leader utara En. Zul 019-4111000


Monday, January 3, 2011

Medical Card akan DIWAJIBKAN di Malaysia?


"Caj rawatan hospital kerajaan, swasta bakal diseragamkan"

"...kos penjagaan kesihatan negara terus meningkat daripada RM1 billion pada 1983 kepada RM6.3 billion pada 2003 dan terus meningkat pada tahun lalu."


***Untuk berita lanjut dapatkan naskhah Berita Harian bertarikh 3 Januari 2011

Sunday, January 2, 2011

Jangan Jadi Bisnesman yang Sampah!

Orang Bisnes yang Sampah

Jika anda ingin buat bisnes, sila jangan jadi orang bisnes yang sampah.

Apa kah ciri-ciri orang bisnes sampah?

Antara ciri-ciri orang bisnes sampah: mat exaggerate, mat amik percent, “saya pegang semua sekolah kat msia”, “saya punya network satu malaysia”, “saya dah pengalaman buat benda ni bertahun2″ (tapi tak kaya pon), “saya boleh bawak jumpa Menteri / Pengarah XYZ” (ini exaggeration yang sori lah aku tak tahan nak dengar dah selepas kali ke-1000), geng2 runner (tak buat kerja tapi “tolong” bawak jumpa “orang”), jenis buat bisnes style on-the-go — takde ofis, paperwork, etc, semua main mulut je, suka buat benda ad hoc, perasan diri berpengalaman (padahal pengalaman nya dalam skop yang sikit dan terhad), tak simpan akaun, takde bisnes kad, takde permanent staf (yang ada gaji tetap dan KWSP), kaki masuk tender, selalu nya berpelajaran rendah, omong2 macam bisnes juta2 tapi buat sales RM 500 pon excited, takde proper company profile, suka pindah2 kompeni, takde ofis, register enterprise banyak2, suka rekrut budak2 muda yg naive, kononnya nak ajar jadi protege dia lah (kekekeke), suka buat kerja tak habis, buat kerja tak proper, cincai boncai, tak proper, suka lepak kedai kopi borak pasal “bisnes”, macam2 cerita dongeng diperkhabarkan kepada umum, semuanya exaggeration — “saya dulu buat bisnes dengan pejabat menteri besar” (padahal sebenarnya dia penah supply klip kertas dekat pejabat syarikat yg merupakan anak syarikat kepada kerajaan negeri), cakap macam salesman (ini aku cukup pantang, sapa nak discuss bisnes dengan aku tapi bercakap macam salesman dan anggap aku ni customer, siap la lepas ko balik nahas ko aku maki ko kat belakang), suka perasan dirinya bigshot, suka jadi middle man, ada 1-2 kawan di negeri lain tapi claim dia ada “network satu malaysia”, usually buat bisnes kecil2an tapi takde kedai pon, selalu jadi leech/pacat — pegi jumpa orang yg ada produk bagus lepas tu offer nak buat “jayvee”…boleh blah la wei, setakat bagi idea pastu mintak percent, dan pelbagai lagi ciri-ciri kesampahan dalam bisnes.

Kalau anda buat bisnes 1 tahun pun cukup la, pelbagai jenis sampah anda dapat lihat.

Orang bisnes sampah ni, kalau buat bisnes 15 tahun pun, lepas 15 tahun masih sampah lagi. Mereka takkan kaya-kaya kerana fundamental bisnes tidak wujud. Bisnes mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sepatutnya kalau bisnes dah 15 tahun, kompeni sudah berkembang biak dan sudah buat transaction juta-juta.

Susah sebenarnya cari orang yang tak sampah ni, dalam bisnes. Kebanyakan “usahawan” di luar sana adalah sampah. Anda mungkin tak suka dengar ini atau anggap saya ni negatif, tetapi itu lah hakikatnya. Alhamdulillah saya dikerumuni oleh rakan2 bisnes yang tidak sampah — Director2 Aidan (Iznan, Alif, Akmal, Khairul), Samrizat, Jalil, Luqman, etc. Mereka ini semua anti-sampah macam saya juga.

Di dalam perjalanan bisnes kami, memang banyak cerita sampah yang kami lalui dan kami sering berkongsi bersama-sama. Kami agak pantang bila mendengar sahabat2 bisnes kami didekati sampah. Mesti timbul sesi mengumpat mat sampah tersebut. Begitulah meluatnya kami kepada orang bisnes sampah.

Dulu di dalam Aidan Group ada seorang yang sampah. Ada seorang Director Aidan yang beriya-iya nak mengekalkan mat sampah ini di dalam Aidan Group, walaupun orang lain dah naik meluat terutama aku yang awal-awal lagi sudah nampak kesampahannya. Mujurlah Allah tunjukkan kepada Director tersebut perihal kesampahan mat sampah tersebut, dan Director itu sendiri yang memecat sampah itu. Kalau ikutkan hati, nak je aku cakap, “SEE I TOLD YOU SO”…tapi member punya pasal, jaga hati eheheh.

Adakah anda sedang berurusan dengan Orang Bisnes yang Sampah?

Bagaimana mengesan orang bisnes yang sampah:

1. Tiada pengenalan syarikat yang proper — profil syarikat, business card, stationery (receipt, invoice, letterhead), dokumen syarikat, logo, etc.

2. Tiada dokumentasi — semua benda main cakap mulut. tiada black and white

3. Suka exaggerate sehinggakan hampir setiap ayat nak menunjukkan dia terer, berpengalaman dan well-connected — of course, nak jadi bisnesman kena ada “gift of the gab” atau kebolehan bercakap, tapi jangan lah sampai terlalu melampau. Dulu aku penah lepak dengan mamat ni, punya lah tak tahan perut aku dengar dia exaggerate sampai dia cakap kalau dia call Tan Sri Muhyiddin pukul 2 pagi nak jumpa, Tan Sri akan bangun dan layan dia (mamat ni bukan bigshot pon, dia peniaga sederhana yang biasa je). aku pon tanya la, eh mana abang kenal tan sri? dia kata, dulu tahun 80an, tan sri pernah duduk satu bilik dengan dia seminggu kat US. HOHHHH???? habis tu ko ingat TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA akan layan ko jam 2 pagi sebab ko penah jadi roommate dia 30 tahun yang lepas???? dumbass. Ini adalah contoh sampah yang agung. gile lah mamat ni delusional.

4. Tidak berminat dengan perkara2 “proper” dalam building a business — branding, hiring and training pekerja2 tetap (gaji tetap dan KWSP), ofis yang proper, dokumentasi yang lengkap. lebih suka membuat bisnes cara macho iaitu melalui borak2 kedai kopi

5. suka menggunakan sentimen Melayu dan Islam — contoh dialog typical: “abang ni memang nak tolong ni dik, kalau orang macam abang ni tak tolong, siapa lagi nak tolong bangsa kita dik” (macam lah aku perlu sangat ‘kepakaran’ dia jadi middlemen dan amik percentage yang tak deserve pon). “saya buat ni ikhlas demi memajukan umat” kalau betul2 nak majukan umat, RUN A PROPER BUSINESS, and expand your business properly, jangan buat caca marba dan sampah. yg peliknya, orang yang buat business proper ni takde pulak banyak cerita pasal melayu dan islam. they concentrate on developing good products, cutting costs (in a proper way) and cultivating good relationship with customers, i.e. growing their businesses organically

6. suka menekan harga. bagi mereka, HARGA adalah segala-galanya. biarlah aku jual screwdriver RM500 pun, aku ‘usahawan’ hebat hahaha…bukan pikir mengenai pelanggan, mengenai kos, mengenai reputasi dan mengenai good practices. yg dipikir duit semata2 (sebab tu lah tak kaya2 walau 15 tahun ber”bisnes”)

7. tidak jujur

8. mempunyai muka yang kotor (ini adalah subjektif, tetapi anda akan dapat tau jika anda melihatnya)

9. terlalu obses dengan direct nego / kontrak kerajaan, sehinggakan dari awal sampai akhir duk cerita pasal “lubang”, “network”, “kontrek”, bukannya berfikir bagaimana untuk compete di pasaran terbuka dengan menyediakan produk terbaik dengan harga terendah.

Kesimpulannya, elakkan membuat bisnes sampah.

Credit to http://suhaimiramly.wordpress.com