Tuesday, October 13, 2009

Keratan Akhbar Sinar Harian 13 Oct 2009

~Syahrulmanan (dua dari kiri) pada majlis di hadapan pejabat MXM negeri di Taman Melaka Raya.

Hadiah kereta dorong ahli gigih

TAMAN MELAKA RAYA - MXM International sebuah syarikat berasaskan perkhidmatan perlindungan kesihatan menawarkan peluang pendapatan kepada masyarakat di negeri ini bagi yang berminat untuk berkongsi kebaikan.

Lebih menarik syarikat berkenaan turut meletakkan sandaran sebuah kereta jenis Perodua Myvi kepada rakan mereka yang berjaya memperkenalkan kepada 24 rakan lain.

Pengurus Negeri, Syahrulmanan Kartiman berkata, sebagai ahli mereka berhak mendapat pakej perlindungan insurans bernilai keseluruhan sebanyak RM600,000 di samping faedah lain.
Menurutnya, dengan menyertai skim perlindungan setiap ahli layak untuk mendapatkan kemudahan 45 jenis pemeriksaan kesihatan.

"Sekiranya ahli dimasukkan ke hospital, mereka layak untuk ditempatkan di bilik yang berharga RM350 sehari.

"Mereka juga akan dibayar tunai berjumlah RM300 setiap hari sekiranya di masuk ke wad dan pihak syarikat juga akan menanggung perbelanjaan perubatan sehingga RM450,000," katanya.

Beliau berkata pada majlis penyampaian kunci kereta Myvi untuk lima ahli yang berjaya mencapai sasaran memperkenalkan kepada 24 rakan lain di pejabat MXM International negeri di sini, semalam.

Syahrulmanan berkata, setiap pemilik kad berkenaan diiktiraf dan berpeluang mendapatkan rebat daripada setiap rakan yang diperkenalkan.