Tuesday, November 30, 2010

Berita Baik - BNM dah LULUSKAN

PacificMas pilih Fairfax Asia jual ekuiti

Berita Harian
2010/08/30

PACIFICMAS Bhd, syarikat insurans tempatan memilih syarikat Fairfax Asia Ltd sebagai calon pembeli pegangan ekuiti dalam anak syarikat insurans milik penuhnya, The Pacific Insurance Bhd.

Syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata, urus niaga bergantung kepada kelulusan Bank Negara Malaysia.

The Pacific Insurance adalah penyedia perlindungan insurans perubatan kedua terbesar di Malaysia.

Turut diumumkan pembatalan rundingan awal penjualan anak syarikat n kepada syarikat insurans berpangkalan di Singapura, Great Eastern Holdings Ltd.

“Kami sudah memaklumkan kepada pembeli berpotensi lain, Great Eastern Group, mengenai hasrat untuk tidak meneruskan rundingan penjualan berkenaan,” kata kenyataan itu.

Pada Julai lalu, PacificMas membatalkan rundingan penjualan The Pacific Insurance kepada syarikat insurans Jepun, Tokio Marine.

PacificMas sebelum ini berkata, ia menyasar untuk memuktamadkan rundingan penjualan ekuiti anak syarikatnya itu menjelang Oktober ini, iaitu tempoh yang ditetapkan Bank Negara kepada pemegang saham utamanya, Oversea-Chinese Banking Corp Ltd (OCBC) untuk menjual atau menggabungkan The Pacific Insurance.
Penganalisis berkata, perkembangan terbaru itu sekali gus mencerminkan aktiviti pengambilalihan dan penggabungan (M&A) di kalangan syarikat insurans tempatan dan asing yang semakin rancak berlaku sejak kebelakangan ini.

“Langkah M&A khususnya antara syarikat insurans akan mengukuhkan kedudukan perniagaannya dalam pasaran insurans negara yang semakin sengit persaingannya.

"Sejak beberapa bulan lalu, beberapa syarikat insurans seperti Pacific & Orient Bhd (P&O) dilaporkan berunding untuk menjual ekuiti dalam anak syarikatnya, Pacific & Orient Insurance Co kepada Prudential Holdings Ltd, manakala Jerneh Asia Bhd sudah memulakan rundingan serta sudah memuktamadkan penjualan ekuiti kepada syarikat insurans asing,” katanya.

Thursday, November 25, 2010

TESTIMONIAL


Al-Fatihah buat Allahyarham Halim Bin Abdullah.
Admin mewakili waris beliau menerima cek RM11,400 daripada CEO Pacific Insurans Berhad bagi faedah pengkebumian dan faedah tunai tinggal di wad.
Semoga arwah dicucuri rahmat.



Admin mewakili MXM International menyerahkan cek tersebut kepada waris arwah di cawangan MXM negeri Melaka.


Monday, November 22, 2010

Parah Bil Hospital - DENGAN MXM ANDA BOLEH PERCUMA!


Parah bil hospital
Oleh Zuraidah Mohamed
zmohamed@bharian.com.my
Berita Harian 2010/11/22





Ramai hutang kad kredit, bank untuk jelas kos perubatan swasta tinggi


KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan pembayaran balik pinjaman bank dan kad kredit oleh individu.

Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman.

Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.

Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.

“Setakat Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman langsung bank atau kad kredit yang dirujuk kepada AKPK adalah perbelanjaan perubatan tinggi disebabkan kos sara hidup semakin meningkat.

“Penggunaan kad kredit tidak terkawal tidak lagi menjadi faktor utama kegagalan seperti pada dua atau tiga tahun lalu,” katanya kepada Berita Harian.
Beliau berkata, selain kos perubatan tinggi, punca lain yang dirujuk kepada agensi itu ialah kelemahan pengurusan kewangan (25 peratus), kegagalan perniagaan (13 peratus), kehilangan pekerjaan (12 peratus), manakala dua peratus akibat kegagalan pelaburan.

Penggunaan kad kredit tidak terkawal pula, katanya, hanya mewakili 15 peratus.
Katanya, hampir 70 peratus kes gagal membayar balik pinjaman itu adalah membabitkan penggunaan kad kredit, manakala 30 peratus lagi pinjaman peribadi serta sewa beli.

Daripada RM4.8 bilion NPL yang diuruskan AKPK ketika ini, Mohamed Akwal berkata, RM2 bilion membabitkan pinjaman perumahan diikuti kad kredit (RM1.1 bilion) serta sewa beli sebanyak RM713 juta.

Katanya, jumlah itu membabitkan kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan 135,805 individu yang datang ke AKPK untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling serta khidmat nasihat berhubung pengurusan kredit.

Beliau berkata, tahun ini saja 25,353 individu memohon khidmat nasihat serta bantuan AKPK dan hanya 13,017 dirujuk kepada program PPK, antaranya bagi penstrukturan semula pinjaman.

Bagaimanapun tahun lalu, katanya, 36,848 individu tampil dan 16,184 daripadanya mengikuti program berkenaan.

“Tahun lalu, lebih ramai mendapatkan bantuan daripada AKPK kerana krisis ekonomi yang melanda. Namun, mulai Oktober tahun lalu, keadaan ekonomi mula pulih. Pengurangan individu ini menunjukkan keadaan ekonomi kita semakin baik dan mereka juga ke arah pengurusan kewangan yang baik,” katanya.

Setakat Oktober lalu, sebanyak 423 kes membabitkan pinjaman berjumlah kira-kira RM12 juta berjaya diselesaikan AKPK, berbanding 143 kes dengan jumlah pinjaman RM3.7 juta pada tempoh sama tahun lalu.

“Kami menyelesaikan kira-kira 40 kes sebulan bayaran balik pinjaman kepada bank kerana kebanyakan yang mengikuti PPK sudah mampu menyelesaikan pinjaman lebih awal daripada tempoh maksimum 10 tahun yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan adalah kumpulan paling teruk terjejas dengan masalah kewangan, mewakili kira-kira 40 peratus daripada 50,361 individu yang menyertai PPK.

Katanya, AKPK yang ditubuhkan sejak April 2006 setakat ini menganjurkan lebih 520 taklimat berhubung pengurusan kredit di seluruh negara.


Saturday, November 20, 2010

MALANG TIDAK BERBAU




Anda tahu tarikh lahir? - SEMUA ORANG TAHU...

Anda tahu tarikh sakit? - ???

Anda tahu tarikh kemalangan? - ???

Anda tahu tarikh mati? - ???



MAKA... BERSEDIALAH...





Seorang ahli MXM di Ipoh cedera di jari ketika menjalankan ibadah korban baru-baru ini. Beliau baru 2 minggu menyertai MXM, kini berada di IPOH Specialist Hospital untuk menjalani pembedahan menyambung semula jari beliau.

Semoga beliau cepat sembuh.




Monday, November 15, 2010

FREE Medical Check Up di Pathlab




Semua ahli MXM di Melaka dijemput untuk bersama-sama melakukan pemeriksaan kesihatan di Pathlab Melaka Raya;

Tarikh: 27 November 2010 (Sabtu)
Waktu: 9.00am~1.00pm

Ikuti 2 perkara berikut;

1) Sila berpuasa semalaman sehari sebelum pemeriksaan dilakukan
2) Sila bawa voucher PERCUMA masing-masing pada hari tersebut




Saturday, November 13, 2010

SYMBIAN TEAM DI KOTA BHARU

Symbian Team Kota Bharu mengadakan promosi KAD PERLINDUNGAN PERUBATAN VIP PERCUMA di Pasar Tani KB diketuai oleh En Fadzil.




PRODUCT TRAINING oleh Mr Teh dari Mxm Hq untuk ahli-ahli di KB. Semua anak Kelantan, Sertai Symbian Team. Hubungi En Fadzil 017-2228339.

Thursday, November 11, 2010

TRAINING DI KOTA BHARU






Training daripada HQ untuk Team Kelantan akan diadakan seperti berikut;

Tarikh: 12 November 2010 (Jumaat)
Masa: 3.30pm~6.30pm
Tempat: MXM M.A.S Kota Bharu
5315C Tingkat 2, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200, Kota Bharu, Kelantan.

Sila berhubung dengan En. Fadzil (Team Leader Kelantan)
017-2228339

http://condostore2u.com/blog.php



Wednesday, November 10, 2010

JAWATAN KOSONG




JAWATAN KOSONG (MELAKA)




SEBUAH SYARIKAT TERKEMUKA DAN NO.1 DI ASIA TENGGARA - PAKAR PERKHIDMATAN PENJAGAAN KESIHATAN DAN PERLINDUNGAN PERUBATAN SERTA PENGURUSAN KEWANGAN MENAWARKAN PELUANG PEKERJAAN / KERJAYA SEPERTI BERIKUT :-


1. PEGAWAI PENYELIDIK - 12 KEKOSONGAN

(GAJI/ELAUN RM2000 KE ATAS SEBULAN)
+++INSENTIF/BONUS


TERBUKA KEPADA LEPASAN SPM / STPM / DIPLOMA / IJAZAH
LATIHAN DAN KURSUS DISEDIAKAN

HUBUNGI SEGERA UNTUK SESI TEMUDUGA;

010 665 7274 (EN. ADHA) / 013 388 7678 (EN. SYAHRUL) / 013 627 2400 (EN. HELMI)




Friday, November 5, 2010

Alhamdulillah - Thank You Allah

Motivasi



"Ramai orang tidak berubah bukan kerana mereka tidak mahu berubah, TETAPI mereka tidak tahu atau tidak nampak keperluan untuk berubah"




Thursday, November 4, 2010

PENGUMUMAN





Perhatian kepada semua team Leader dan Network saya di utara;


Saya terpaksa membatalkan/menangguhkan jadual kerja saya ke utara minggu ini kerana keadaan cuaca dan banjir di sana agak serius.



Wednesday, November 3, 2010

Motivasi




TIPS JUTAWAN IRFAN KHAIRI

"Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang, atau sepuluh tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan hari ini" Sekiranya anda ingin menjadi seorang doktor pakar, anda perlu belajar di Medical School. Sekiranya anda ingin belajar perniagaan, anda perlu belajar di Business School. Tetapi, sekiranya anda ingin menjadi jutawan, anda memerlukan mentor-mentor Jutawan!

Tuesday, November 2, 2010

Sumbangan Anda Diperlukan


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita" (Al-Baqarah : 277)


Kepada sesiapa yang ingin menyumbang, silakan;

http://www.yptik.com/




Insentif Pelancongan ATAU Umrah dan Ziarah




HANYA 15 KES BARU
(kes baru
terkumpul TANPA tempoh masa) anda layak untuk mendapatkan insentif-insentif pelancongan berikut secara PERCUMA!!!;




ATAU (pilih salah satu)




DAN JUGA
dapat insentif PELANCONGAN berikut SECARA PE
RCUMA!!!;




ATAU (pilih salah satu)




ATAU


tukarkan 2 pilihan PAKEJ-PAKEJ di atas kepada Pakej Um
rah DAN Ziarah ATAU pilih Mono Tokyo (pilih salah satu)






ATAU


Tukarkan KEsemuaNYA di atas kepada

WANG TUNAI

RM7,000!!!





Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya segera;
Syahrul 013-3887678
atau
email; syahrulmanan@gmail.com



SELAMAT BERJAYA!!!








Monday, November 1, 2010

JADUAL ADMIN



Untuk memudahkan semua Team Leader di semua negeri mengatur perjumpaan atau juga latihan dan program dengan saya, berikut saya drafkan Jadual Mingguan/Bulanan saya untuk perhatian dan tindakan lanjut semua.


Setiap Hari ISNIN
Lokasi : PJ, Kuala Lumpur dan Selangor
(B.O.S / Training di HQ Mxm pada setiap minggu 8.30pm)

Setiap Hari SELASA
Lokasi : Melaka dan Negeri Sembilan
(B.O.S / Training di Mxm Centre Melaka setiap minggu 8.30pm)

Setiap Hari RABU
Lokasi : Johor
(B.O.S / Training di Mxm Centre JB setiap 2 minggu 8.30pm)



Hari KHAMIS, JUMAAT dan SABTU setiap bulan.

Minggu PERTAMA
Lokasi : Kawasan UTARA (Perak, Penang, Kedah, Perlis)

Minggu KEDUA
Lokasi : Kawasan TENGAH dan SELATAN (KL, Selangor, N9, Melaka dan Johor)

Minggu KETIGA
Lokasi : Kawasan PANTAI TIMUR (Terengganu dan Kelantan)

Minggu KEEMPAT
Lokasi : Negeri PAHANG (Kuantan, Pekan, Temerloh dan Kemaman)